Liga Super Malaysia 2023

Liga Super Malaysia 2023 merupakan edisi yang ke-20 sejak Liga Super Malaysia, liga bola sepak profesional di Malaysia diperkenalkan pada tahun 2004, dan musim ke-42 bola sepak Malaysia secara keseluruhan. Ia adalah musim pertama selepas penstrukturan semula, dengan 18 pasukan (bukan 12 sebelum ini) beraksi pada musim 2023.[1] Bagaimanapun, MFL mengumumkan musim depan hanya terdapat 16 pasukan kerana mereka menolak kedua-dua pasukan Sarawak United dan Melaka United kerana rayuan pelesenan yang gagal. Liga menyusut kepada 15 pasukan selepas Petaling Jaya City secara rasmi menarik diri daripada liga berikutan perluasan liga dan peningkatan kuota pemain asing, yang terpesong daripada visi utama kelab. Pada 5 Januari 2023, UiTM secara rasmi menarik diri daripada liga kerana masalah kewangan dan akan berpindah ke Liga M3. Musim baharu akan disertai 14 pasukan yang kempennya akan bermula pada 24 Februari 2023.Johor Darul Ta'zim adalah juara bertahan ketika ini dari musim 2022.

Rujukan

WikiPedia: Liga Super Malaysia 2023 http://www.goal.com/en-my/news/kuala-lumpur-fa-ban... http://stadiumdb.com/designs/mas/sultan_ibrahim_la... http://stadiumdb.com/stadiums/mas/darul_makmur_sta... http://thetambadau.blogspot.my/p/sejarah-safa.html http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/kenali-p... http://www.mpsns.gov.my/en/recreation/facilities/t... http://www.stadiumkedah.gov.my/portfolio/stadium-d... http://www.fam.org.my https://www.facebook.com/883997268339446/posts/pfb... https://www.malaysianfootballleague.com/articles/l...